Email: support@pakularis.com.my   Phone: +6019-2740017

Corporate Profile

Paku Laris Homes mula beroperasi pada awal tahun 2008. Sejarahnya, Dato’ Azman (Abe Mea) dan Datin Janaiyah (Kak Ain) iaitu Pengasas dan Pemilik Bersama Paku Laris Homes telah membina sebuah banglo setingkat di Lot PT 4788, Taman Seri Rebana Machang pada bulan Mei 2008. Banglo empat bilik dengan keluasan 1538kp tersebut telah berjaya disiapkan pada bulan Oktober 2008 dan seterusnya dijual kepada pelanggan pertama pada bulan November 2008. 

Berdasarkan kejayaan pembinaan dan penjualan banglo pertama tersebut, maka Klaskon Builders telah ditubuhkan pada 25 Januari 2009 agar segala urusan perniagaan dapat dirancang , diurus dan dimajukan lagi dengan lebih teratur dan berdaya maju. Begitu juga, demi untuk memantap dan memperkembangkan lagi perniagaan, Paku Laris Properties Sdn Bhd pula ditubuhkan pada 3 Julai 2012. Paku Laris Home Builders Sdn Bhd ditubuhkan pada 16 December 2015. Sehingga Jun 2018, Paku Laris Homes telah berjaya menyiapkan 32 buah banglo dan villa di seluruh Kelantan dan Besut.

Fasa 2 Damaisari Residence @ Bandar Machang 80% telah terjual

Paku Laris Homes sekarang ini sedang giat membangunkan projek Damaisari Residence @ Bandar Machang. Projek yang melibatkan pembinaan 30 unit villa tersebut dilaksanakan secara berfasa. Fasa 1 sebanyak 8 unit yang bermula pada November 2015 telah pun habis dijual. Fasa 2 yang di lancarkan pada pertengahan tahun 2017 telah 80% terjual dan fasa 3 telah dibuka untuk pendaftaran awal dan dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2019.

Selain itu, Paku Laris Homes juga akan membangunkan 26 unit banglo dan villa Damaisari Residence @ Bandar Tanah Merah. Projek yang akan dilaksanakan secara berfasa tersebut dijangka akan mula dibuka untuk jualan pada suku pertama 2019. Damaisari Residence & Lodge @ Rogajaya Bay Melawi yang terdiri daripada 10 unit cottage, 10 villa dan sebuah lodge dijangka bermula pada pertengahan 2020. Begitu juga Damaisari Residence @ UITM Machang yang terdiri daripada 11 unit superlink juga dijangka bermula pada pertengahan 2020.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang ingin membina sendiri banglo, Paku Laris Home Center (PLHC) telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 17 Ogos 2015. PLHC merupakan pusat setempat yang menjual dan membekal semua bahan pembinaan banglo seperti kayu, hardware dan kemasan binaan.

Bagi memenuhi permintaan ramai, Paku Laris Homes telah melancarkan pakej Pembinaan Banglo Mampu Milik BAMAMI yang menawarkan rekabentuk 3 bilik dan 4 bilik yang menarik mengikut rekaan  senibina Australia, tata atur yang selesa, kemasan berkualiti sederhana tinggi dengan harga yang amat berpatutan.

Secara keseluruhannya, berbekalkan pengalaman dan kepakaran yang ada, berserta minat yang mendalam dan iltizam yang tinggi dari seluruh warga Paku Laris Homes, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan kami. Insyaallah.