Bina Banglo Mampu Milik

BINA BANGLO MAMPU MILIK

PAKU LARIS HOME CENTER

Paku Laris Home Center merupakan kontraktor bina banglo mampu milik di Kelantan. Bagi memenuhi permintaan ramai, Paku Laris Home Center telah melancarkan pakej Pembinaan Banglo Mampu Milik (BAMAMI) yang menawarkan rekabentuk 3 bilik dan 4 bilik yang menarik mengikut rekaan  senibina Australia, tata atur yang selesa, kemasan berkualiti sederhana tinggi dengan harga yang amat berpatutan.

Paku Laris Home Center menyediakan pelbagai pakej bina banglo mampu milik dan murah beserta tanah atau di atas tanah sendiri. Antara pakej yang Paku Laris Home Center sediakan ialah pakej banglo mampu milik (BAMAMI), Skim Perumahan Belia Negara (SPBN) dan Reka Bina Banglo

 

PAKEJ BAMAMI

Dengan pakej BAMAMI, pelanggan mempunyai empat pilihan reka bentuk dengan berkonsepkan rumah banglo Australia. BAMAMI yang didatangkan dengan dua pakej iaitu :-

  1. BAMAMI – 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air (Kos serendah RM159K)
  2. BAMAMI – 4 Bilik tidur dan 2 Bilik Air (Kos serendah RM179K)

Berapa harga rumah yang ada dipasaran sekarang?

Mari kita lihat beberapa contoh harga rumah banglo 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air yang berada di pasaran Semenanjung Malaysia;

Harga rumah di Semenanjung Malaysia:

  • Rumah Banglo 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air, Pulau Pinang: RM368,000
  • Rumah Banglo 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air, Terengganu   : RM330,000
  • Rumah Banglo 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air, Kelantan : RM339,000

sumber : hartabumi.com

Dan harga rumah ini akan terus meningkat naik setiap tahun. Tapi dengan pakej yang ditawarkan oleh Paku Laris Home Center. Pelanggan dapat jimat lebih banyak, malahan lebihan baki boleh tambah seunit lagi banglo atau membeli perabot untuk rumah baru.

DAMAISARI RESIDENCE

Paku Laris Homes Center yang juga sekarang ini sedang giat membangunkan projek Damaisari Residence @ Bandar Machang. Projek yang melibatkan pembinaan 30 unit villa tersebut dilaksanakan secara berfasa. Fasa 1 sebanyak 8 unit yang bermula pada November 2015 telah pun habis dijual. Fasa 2 yang di lancarkan pada pertengahan tahun 2017 telah 80% terjual dan fasa 3 telah dibuka untuk pendaftaran awal dan dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2019.

Selain itu, Paku Laris Homes Center juga sedang membangunkan 26 unit banglo dan villa Damaisari Residence @ Bandar Tanah Merah. Projek yang akan dilaksanakan secara berfasa tersebut dijangka akan mula dibuka untuk jualan pada suku pertama 2019.

About the author: admin

Has one comment to “Bina Banglo Mampu Milik”

You can leave a reply or Trackback this post.
  1. A WordPress Commenter - Julai 21, 2018 Balas

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.Email address is required.